Bell

Disclaimer

Assalamualaikum. Thanks for coming. Biela or Bella for short. 20. Islam. Keep calm, stop laughing and continue reading. Thank you ♥

Diaries About Link Quotes

Chit-Chat



CONTACT ME


 
Facebook: Click Here ♥
Twitter: Click Here ♥
Tumblr: Click Here ♥
Instagram: Click Here ♥




Credits

Template: Aina Syana
Editor: Biela Bella
Owner: Bell
Others:   


✿ CERITA SEDIH : BELAJARLAH MENGHARGAI SESEORANG DALAM HIDUP ANDA.
Sebelum tu,cerita ini bukan untuk mengaibkan orang lain,tapi untuk dijadikan pengajaran hidup kepada kita semua.Walaupun panjang,harap anda semua sudi membaca.Terima Kasih :)


Assalamualaikum muslims.
Okey, tengokk tajuk agak2 ape cerita yang bakal saya ceritakan ?
Tentang kehidupan dan pengalaman ke ?
Ye, betul3.100 markah untuk anda :D
Okeylah, sebelum saya start cerita,saya nak bagitahu yang tadi saya ikut parent pergi kenduri kahwin lagi.Dekat Felda Linggiu. Haa ? Tak tau kat mane? ye,memang lah awk tak tau.sebab tempat tu tak berapa famous sgt .Mungkin kalau awak stay area Kota Tinggi Johor,awak akan tahu.

Felda ni adalah tempat saya membesar dulu.Sejak lahir,saya stay kat sana sampailah umur 13 tahun,saya berpindah di Felda yang lain atas alasan abah saya dipindahkan tempat kerja dia.So,rasa dah lama sangat tak pergi situ.Then tadi masa dah sampai rumah orang tu,and masa salam makcik-makcik kat rumah tu,hampir semua cakap, 
" Wahh, dah besar lah nabilah.Dulu kecikk je kan.Dah pandai berg*** lagi.Hehe "
Ayat makcik2 tu semua lebih kurang sama je kan.Dan saya hanya mampu tersenyum je masa tu.Segan pun ada.Hihi.Apa pun,saya terharu sebab makcik2 tu masih ingat saya lagi.Alamakk, rasa sangat2 touching sebentar masa tu.Hheh Semoga makcik-makcik yang baik tu panjang umur dan dipermudahkan segala urusann mereka.InsyaAllah.

Okey, lets start !

Masa saya tinggal kat sane dulu,ummi dan abah saya kerja.Balik pun dah petang,dalam pukul 5.00 pm sebab ikut office hour kan.So,dari saya lahir(lepas hari),saya dihantar ke rumah mak angkat saya merangkap baby sitter saya dulu. Dengan jujurnya saya cakap,mereka sekeluarga sangat-sangat baik.Susah nak dengar mereka mengumpat orang.Dan mereka suka senyumm je memnjang.Saya panggil mak angkat saya tu dengan gelaran " MAK " dan suaminya sebagai " ABAH ".Dan ,mereka mempunyai dua orang anak lelaki.Tapi,yang sorang tu dah meninggal sebab lemas dan yang tinggal sorang tu saya panggil " ABANG ADIL ".Mak dan abah ada jaga seorang anak angkat iaitu N (bukan nama sebenar) dari dia kecik.Umur dia tak jauh dari saya,iaitu 2tahun lebih tua dari saya.Dari kecik memang akak tu duduk situ dan makin lama saya makin rapat dengan dia.Buat ape2 semua same je.Berdua setiap masa.Sebab saya memang dah rapat dengan keluarga mereka.Kadang2 siap ikut mak dan abah pergi balik kampung.Sedara2 pun dah kenal saya.Dan sampai umur saya 13 tahun,saya masih tinggal dengan mereka sebab nak periksa darjah khas.Lagipun masa tu dah daftar nama dekat sekolah agama dekat situ.Walaupun saya sekolah berasrama masa tu.

Nak dipendekkan cerita,sejak saya pindah,saya jarang-jarang pergi rumah mak dan abah.Masa raya je setiap tahun akan pergi.Tu pun kadang2 tak pergi sebab mereka balik kampung.Dan,masa bulann, eerr tak ingat bulan berapa(tahun ni), saya ada pergi rumah mak dan abah tapi,mereka takde kat rumah.
Then,masa bagi slam tu,Makcik jiran sebelah rumah mak keluar dan bagitau mak sekeluarga takde,n balik kampung.Okey,kami nak gerak balik dan hanya tinggalkan pesanan dan sampaikan salam je pada mak dan abah.

Tiba-tiba ,
makcik tu bagitau yang kak N (anak angkat abah dan mak) dah nikah 2 bulan lepas.
Masa tu kami sekeluarga sangat2 terkejut dan tak percaya sebab abah dan mak tak jemput pun.Agak sedih pun ada.Yela kan,ulu rapat sangat.Tapi,makcik tu kata,Kak N tu nikah dekat rumah ayah dia yang betul,dan bukan dekat rumah abah kat Linggiu.Ouhh,masa tu kami dah faham,mungkin abah tak buat kenduri untuk Kak N.Then kami pun balik.

Nak dijadikan cerita,tadi lepas kami sekeluarga pergi kenduri kahwin rumah pakcik tu,saya teringat kat mak dan abah dan berhajat untuk jumpe diorang.Rasa rindu pun ada,Yela kan,orang dah berjasa pada kita.Saya rasa mereka jaga saya dari kecik sampai besar dengan penuh kasih sayang.Rasa macam keluarga sendiri dah.Walaupun umi akan hantar saya masa umi kerja je.Family kami berdua pun dah rapt.Then,saya cakap kat umi dan abah tadi,

"Abah,jom kita pergi rumah Pak Mat nak?Rindulah dekat dia"

Abah jawab 

" Okey, abah tak kesah.Boleh jugak.Lama tak jumpe. "

Dan umi pun setuju.So,saya rasa happy sebab tak sabar nak jumpe diorang.Hampir 2tahun rasanya.Dan nak tahu perkembangan Kak N n nak tahu cerita sebenar tentang pernikahan secara tiba-tiba dia tu. 

Okey,kami bergerak terus menuju ke rumah abah.
Sampai je halaman rumah dia,saya terus turun dan bagi salam.Yang keluar masa tu Kak Mai (isteri abang adil) dan abang adil.Mereka agak terkejut tapi,senyuman manis tak pernah lekang dari bibir.Then mereka jemput kami masuk.

Dah masuk rumah dia,dan bila Mak dan Abah keluar untuk layan kami sekeluarga, saya terus bangun dan salam mereka.Saya cium pipi Mak,dan saya cakap, 

" Rindu sangat dekat Mak "

Mak balas ciuman tu dan tiba-tiba saya ternampak AIRMATA mak mengalir dipipi dia.
Secara automatiknya airmata saya pun macam nak gugur tapi saya tahan lagi.

Bila salam abah,abah pun macam sayu je.Apa pun,rindu dalam hati saya ni dah rasa macam lega sikit sebab dapat jumpa diorang.Then,ummi dan abah saya pun bersalaman dengan mak dan abah.

Saya faham, mak dan abah malu dengan kami sekeluarga sebab tindakan Kak N yang dah malukan keluarga abah.
Abah mula ceritakan tentang Kak N dari awal sampailah akhir.Saya tak dapat kawal lagi airmata ni sebab rasa sangat2 sedih masa tu.Tak sangak Kak N sanggup buat macam tu pada mak dan abah sedangkan mak dan abah tak pernah banding-bandingkan dia dengan abang adil walaupun dia anak angkat.

Ceritanya macam ni.Abah dan mak tak tahu langsung masa Kak N nikah tu mula2.Masa mereka tahu,dah last minit dan masa tu,abah macam tak nak pergi majlis pernikahan Kak N tu.Abah cakap tadi,dia rasa terkilan sangat sebab Kak N langsung takde bagitahu dia pasal tu.Abah tahu dari sedara Kak N (Pakcik Kak N).Abah mula-mula memang taknak pergi tapi akhirnya,Mak ajak and paksa jugak untuk pergi.
Awak semua dapat bayangkan tak betapa hancurnya hati seorang ibu dan bapa apabila anak angkat mereka yang dijaga dari kecil sebelum tu,langsung tak bagitahu diorang yang dia nak nikah.Sedangkan mak dan abah sangat-sangat baik orangnya dan dah banyak habis duit untuk Kak N.Tapi Kak N sanggup buat mereka macam tu sekali.

Abah cakap, abah paling sedih masa abah duduk dalam masjid untuk tunggu pihak lelaki datang.Hati abah makin sayu bercampur sedih bila nampak orang ramai bawak hantaran dan sirih junjung dari pihak lelaki.Maksudnya,dalam berapa minit lagi Kak N akan jadi hak orang lain.
Abah hormat pilihan Kak N untuk jumpa ayah kandung dia untuk uruskan pernikahan dia.Tapi,abah sedih sebab abah langsung tak tahu pasal tu.Tahu2 je dah nak nikah.Tu pun last minit.Abah hormat sebab wali Kak N memang lah ayah kandung Kak N kan.Tapi,tindakan Kak N tu macam orang takde perasaan dan orang yang tak tahu kenang budi.Bukan abah nak ungkit,tapi... Ye, hati seorang ayah je yang tahu kenapa dia sedih.Dan abah cakap,abah lagi kesiankan mak sebab mak yang banyak uruskan hal Kak N .Yela kan,dari makan,minum,pakaian,semua mak yang uruskan selama ni.Tapi Kak N tak hargai pun.Malah Kak N makin hancurkan hati abah dan mak dengan perbuatan dia tu.

Masa abah cerita tu,saya nampak mata abah merah dan ada takungan air mata....Mak pun macam tu.Ya Allah,hati saya memang sayu dan akhirnya,air mata saya tak dapat nak ditahan lagi.Air mata saya makin lebat turun.Rasa macam tak sanggup nak pandang dan dengar cerita abah lagi.Bila saya pandang umi dan abah saya,mereka pun nampak sedih dan masing2 mata merah.Umi mula nangis.Tapi takla nangis teresak-esak.cuma air mata ni gugur kat pipi.Abis dah tudung saya jadi tisu.Huu, sedih sangat.Saya terbayangkan muka Kak N yang dulu selalu main2 dengan saya,selalu kongsi cerita dengan saya,selalu tidur sama2.Sampai hati Kak N buat abah dan mak macam tu.

Makin sedih bila abah cakap,

" Saya jadi malu nak jumpe Cik Zakaria lagi lepas benda ni terjadi.Malu nak pergi jenguk Nabila lagi.Malu nak jumpe orang2 kat Linggiu ni.Memang macam2 cerita yang saya dengar dari mulut orang tentang N.Tapi saya dah tak boleh nak buat ape lagi.Saya pekakkan telinga je lah "


Umi dan abah pun sabarkan abah and mak masa tu.Dan abah saya cakap pada mak dan abah angkat saya,

" Jangan malu dengan saya Pak Mat,bukan Pak Mat yang salah.Tapi N yang buat salah pada Pak Mat dan Kak Jah.Saya faham.Pak Mat dengan Kak Jah dah banyak jasa pada N,cuma N je yang tak hargai.Lepas ni,datanglah rumah saya.Jangan malu-malu.Sabar lah Pak Mat.Benda dah jadi,mungkin jodoh dia dah sampai.Walaupun cara dia tu macam tak berapa baik.Tapi,tanggungjawab Pak Mat dan Kak Jah dah selesai.Banyak pahala Pak Mat dan Kak Jah sebab jaga N yang dulu ada masalah keluarga,dan Pak Mat sanggup bela dan terima dia sebagai anak angkat.Kalau tak N tak tahu jadi apa sekarang.Sabar jelah ye. "

Betul abah cakap,Pak Mat tak perlu malu dengan keluarga kami.Parkara yang dah jadi tu bukan salah Pak Mat dan mak.Mak pun ada cakap yang Kak N jarang-jarang balik Linggiu sekarang.Dah 2 bulan dia tak balik.Apa pun,saya doakan abah dan mak tabah untuk harungi semua ni.Cuma saya sedih sebab abah cakap abah masih tak boleh nak lupakan peristiwa tu dan abah masih pendam perasaan dia.

Masa abah dan mak buat kenduri doa selamat kat Linggiu pun.Kak N tak balik.Sedangkan kenduri tu untuk dia.Ya Allah..... kesiannya abah dengan mak ...... :'(
Akhirnya air mata saya tak dapat nak berhenti sampailah saya nak gerak balik.Masa salam abah dan mak,saya hanya mampu cakap, 

" sabar ea Mak. sabar ea abah "

Saya dah tak sanggup nak pandang muka mak dan abah lagi,rasa memang sangat2 sedih tadi.Entah kenapa hati ni macam terasa dengan perbuatan kejam Kak N pada Mak dan Abah. Dan tadi abah bagi pesanan pada saya ,

" abah harap nanti nabila nak kahwin,jangan lupa jemput abah dan mak ye. "

InsyaAllah,saya takkan lupa mak dan abah,saya takkan lupa jasa mak dan abah dan saya takkan lupa jemput mak dan abah masa saya kahwin nanti.Aminn.
Saya doakan abah dan mak panjang umur dan harapn saya,bila saya dah kerja nanti,saya nak sangat bawak mak dan abah jalan-jalan,bahagiakan mereka,bagi apa je yang mereka nak,belikan macam-macam untuk mereka,walaupun saya tahu,mak dan abah tak harapkan semua tu dari saya.Tapi,mereka hanya harapkan ingatan saya pada mereka takkan pernah hilang.Macam tu jugak saya harapkan untuk buat pada umi dan abah kandung saya sendiri.Nak sangat bahagiakan mereka.Aminn.

 "Air mata saya memang macam air terjun dah sekarang ni.Senang sangat nak nangis semenjak sesuatu yang sangat2 mengecewakan hati saya berlaku.Apa perkara tu ye?Rahsia.Saya pelik la.kenapa ek ada sesetengah orang yang suka kecewakan hati orang lain.Dia tak fikir ke betapa sakitnya hati orang yang dia kecewakan tu?Betapa hancurnya hati orang tu.Dia tak pernah fikir ke kalau dia kat tempat orang yang dia kecewakan tu?Mesti hancur dan musnah berkecai hati dia macam kena cucuk2 dengan jarum peniti,macam kena pukul dengan ombak,macam kena hiris2 dengan pisau.Hmm,sedihhnyee kan.Ya Allah,jauhkanlah aku dari perbuatan yang zalim macam tu.Aku tahu,ENGKAU maha adil "

Sebenarnya saya kecewa dengan perbuatan Kak N pada mak dan abah.Sebab,pada saya Kak N tak patut hancurkan hati mak dan abah macam tu sekali.Dia tak patut balas jasa baik mak dan abah dengan cara macam tu.Mak dengan abah terlalu baik pada pandangan dan pengalaman saya selama saya kenal mereka.Abang Adil pun baik sangat.Diorang sekeluarga tak pernah sekali pun tinggi suara dengan saya,dengan Kak N,tapi kenapa Kak N buat macam tu.Hmm,kesiannya mak abah :( Semoga mak dan abah panjang umur,sihat selalu,dipermudahkan segala urusan dan diberkati hidupnya.Harap jugak hubungan saya dan keluarga mereka takkan pernah putus.Aminn.

P/S: Hargailah seseorang yang ada disekeliling anda terutama jika insan tersebut banyak jasa pada anda,dan banyak tolong anda bila anda susah.Belajarlah menghargai perasaan insan lain,jika anda inginkan orang lain menghargai perasaan anda.Sebelum terlambat,insaflah .....
(Ingatan untuk diri sendiri dan pembaca yang sudi membaca cerita ini.) 

Assalamualaikum.




0 comment(s)
Older Post | Newer Post