Bell

Disclaimer

Assalamualaikum. Thanks for coming. Biela or Bella for short. 20. Islam. Keep calm, stop laughing and continue reading. Thank you ♥

Diaries About Link Quotes

Chit-Chat



CONTACT ME


 
Facebook: Click Here ♥
Twitter: Click Here ♥
Tumblr: Click Here ♥
Instagram: Click Here ♥




Credits

Template: Aina Syana
Editor: Biela Bella
Owner: Bell
Others:   


✿ KISAH HATI
Begin with Bismillah.
Assalamualaikum muslims.

Kalau saya seorang pelari pecut dunia, saya teringin sangat nak lari dari dunia ni, pergi dunia lain untuk bawa diri ni pergi jauh dari alam realiti.
Kalau ada seorang buta yang memerlukan mata, saya teringin nak dermakan mata saya untuk dia.Biar saya buta, supaya saya takkan nampak perkara yang boleh melukakan hati saya.
Kalau diberi pilihan untuk bisu atau boleh bercakap, saya akan pilih bisu supaya saya takkan melukakan hati orang lain dengan kata-kata saya.
Kalau diberi pilihan samada boleh mendengar atau pekak,saya akan pilih pekak supaya saya takkan dengar kata-kata manusia yang boleh mengalirkan air mata saya.
Kalau saya seorang anak nelayan, saya akan ketepi pantai setiap petang, menjerit sekuat hati di hadapan air pantai,biar buih-buih pantai bawa masalah-masalah dan kesedihan saya pergi jauh-jauh dari hidup ini.
Kalau saya mempunyai seorang teman yang merupakan seorang doktor pakar hati, akan saya memintanya untuk merawat dan mencuci hati ni agar segala kekotoran dan luka yang terdapat disetiap lapisan hati saya sembuh.
Kalau diberi pilihan untuk hilangkan ingatan ni,akan saya cuba lupakan segalanya kerana saya dah tak mampu untuk menanggung semua ni.

Kalau diberi pilihan untuk memilih sesuatu untuk dijadikan teman, saya akan memilih sunset dan bulan.Kerana sunset dan bulan hanya ada satu sahaja.Dia takkan berubah menjadi dua atau tiga.
Kalau diberi pilihan untuk bertukar menjadi makhluk lain, saya akan memilih untuk menjadi sebatang pokok kerana dimana pokok tu tumbuh,disitu juga pokok tu akan mati.Dia takkan berubah tumbuh ditempat lain atau mati ditempat lain.
Jika diberi pilihan untuk memilih warna, saya akan memilih warna pelangi kerana dia cantik dan mampu membuat orang lain tersenyum bila melihat pelangi tersebut hadir di awan yang tenang.
Kalau saya diberi pilihan untuk memilih tempat tinggal, saya akan memilih taman syurga firdausi kerana saya dambakan kebahagiaan berpanjangan.
Kalau saya diberi pilihan untuk memilih seseorang,saya akan memilih dia yang saya cintai untuk dijadikan teman hidup sepanjang hayat ini.
Kalau saya seorang pegawai polis,saya akan menembak sesiapa sahaja yang mengganggu hidup dan kebahagiaan kami.

TETAPI
Saya pasti, impian dan harapan itu semuanya hanya mimpi.
Dan akhirnya, jika diberi pilihan samada hidup atau mati,saya akan pilih
MATI.




7 comment(s)
Older Post | Newer Post