Bell

Disclaimer

Assalamualaikum. Thanks for coming. Biela or Bella for short. 20. Islam. Keep calm, stop laughing and continue reading. Thank you ♥

Diaries About Link Quotes

Chit-Chat



CONTACT ME


 
Facebook: Click Here ♥
Twitter: Click Here ♥
Tumblr: Click Here ♥
Instagram: Click Here ♥




Credits

Template: Aina Syana
Editor: Biela Bella
Owner: Bell
Others:   




Gratisan Musik

Tips : Kesesuaian bentuk badan dengan corak & warna baju.
Assalamualaikum and hi! :)

Gambar hiasan.



Okay harini aku nak share something yang aku tahu tentang kesesuaian baju / corak / warna dengan bentuk badan kita. Ni aku belajar masa dekat sekolah dulu, masa subjek ERT and masa aku pergi kursus2 keterampilan dekat certain place lah. Kadang2 ikut ummi pergi join kursus keterampilan. Hoo best gila! Yela, perempuan kot, mesti lah suka fashion2 tips ni kan. And fashion designer yang aku paling respect is Rizalman. Sebab dia tu, entah ek aku suka lah, kreatif gila kot sampaikan rumah dia yang asalnya simple pun jadi perfect gila! Aku ni sebenarnya suka fashion, tapi aku kurang sikit berfashion ni. Just minat je kot, nak praktikkan tu nanti2 lah ye. Haha So sekarang aku nak share lah dengan korang okay :)

1. Bentuk badan gempal / berisi.

Okay yang aku tahu lah kan, kalau orang yang berbadan gempal ni diorang tak sesuai sangat pakai warna-warna terang sebab nanti makin nampak besar. Warna yang sesuai untuk badan gempal ni biasanya warna-warna gelap, macam hitam, blueblack and apa-apa lah yang gelap. So nampak kecik lah.

Kalau corak untuk badan gempal pulak corak yang kecik-kecik. Macam bunga tu kan, pilih bunga-bunga yang kecik lah. Jangan sesekali pakai corak yang besar sebab akan nampak makin besar lah bentuk badan korang nanti.

Kalau kasut pulak, korang tak berapa sesuai pakai wedges sebab nampak makin besar nanti. Tahu kan wedges? 

Okay ni lah contoh wedges.

These is the other example of wedges shoes.


Kalau pakai dress atau blaus atau baju kurung yang berfesyen, korang digalakkan pakai baju yang jenis lengan biasa, maksudnya, jangan pakai lengan yang gelembung atau bisyop. Tahu tak lengan bisyop dengan gelembung tu macam mana? 

Ha ni lah lengan gelembung tu. 

Okay yang kat atas ni lah lengan gelembung tu, kalau lengan bisyop lebih kurang macam kat atas tapi dia gelembung dekat pergelangan tangan. So yang berbadan gempal, korang tak sesuai sangatlah nak pakai lengan yang macam ni.

Okay kalau accessory pulak, kalau yang suka pakai rantai, korang tak digalakkan pakai rantai yang bulat-bulat tu, nanti nampak makin bulat lah leher korang. So pakai yang kecik je tau. And lagi satu, bentuk leher baju korang pilih yang bentuk V, jadi nampak lebih kurus lah, jangan sesekali pakai yang berbentuk bulat sebab nanti nampak makin bulat.

2. Bentuk badan kurus / langsing.

Okay kalau bentuk badan kurus (like me), korang tak sesuai pakai baju yang berwarna gelap sebab nanti nampak makin kecik. Korang lebih sesuai pakai baju warna lembut / cerah macam warna putih, cream, pink, kuning and semua lah yang warna cerah. So nanti nampak makin berisi sikit.  

Kalau corak pulak, lebih sesuai pakai baju yang bercorak besar-besar, so nanty nampak lah sikit badan korang tu besar. Jangan pkai yang corak kecik-kecik sangat ok.

Ok pasal lengan baju pulak, korang lebih sesuai lah pakai baju yang berlengan bisyop atau yang gelembung sebab nanti nampak makin besar lah badan korang tu.

Kalau accessory pulak, korang pakai lah rantai yang besar-besar, i mean, rantai yang bulat-bulat. Contohnya :
Haaaa macam ni lah, lagi besar lagi mantop. Haha
Atau pun yang freehair tu, kalau pakai anting-anting corak besar pun okay.


3. Berbadan rendah.

 Okay kalau yang rendah atau bisanya orang panggil 'rendang', hehe korang digalakkan pakai corak yang tegak. Faham tak? maksudnya yang kebawah. Haha aduh payah nak cakap, aku bagi gambar jela ye?

Haaaaa macam gini lah maksud aku tadi. Hahaha


Okay, dah ada gambar so refer pada gambar ye. Korang jangan sesekali pakai baju yang bercorak melintang, sebab nanti akan nampak lebih rendah dan kalau yang berbadan gempal & rendah, nanti akan nampak lebih besar and rendah. So sangat tak sesuai tau.

Dan, kalau berbadan rendah ni, korang tak berapa sesuai pakai baju yang bertingkat-tingkat tu, nanti jadi lebih rendah. Ada kan baju yang bertingkat-tingkat tu? So tak sesuai.

4. Berbadan Tinggi.

Okay kalau berbadan tinggi pulak, korang lebih sesuai pakai baju yang bercorak melintang. 

Errrr too noise lah ini gambar. -.-'
Sory lah ea gambar tu sangat noise. Tapi korang nampak kan perbezaan antara yang kanan dengan yang kiri. Perasan tak yang kiri ni nampak lebih berisi sebab dia pakai corak melintang? And yang kanan nampak lebih kurus. Padahal dua-dua ni cuma patung je. Hahaha And padahal aku rasa dua-dua kartun ni sama je saiz dia suma bila corak yang dia pakai tu berbeza and mempengaruhi  bentuk badan dia kan? Am i right? *krik krik krik*

Dan, kalau yang berbadan tinggi ni sesuai lah pakai baju yang bertingkat-tingkat ni. Macam lace semua tu kan, ropol sana sini, sesuai lah tu ye. Kalau corak polos nampak macam kurus lah. 

Okay tu je kot kalau refer pada bentuk badan. Tapi aku ni pun bukannya terer sangat bab-bab fashion ni. Aku sendiri pun lebih suka simple je. Haha Cuma kadang-kadang tu aku ternampak jugalah orang yang kurus cekudut dan tinggi pakai baju warna gelap and corak tegak-tegak, dah nampak macam tiang gol pun ada. Opppss1 (macam cakap dengan cermin je aku ni). Haha tapi aku ni suka pakai baju yang lengan gelembung, hehe tak tahu lah kenapa, :D

Others note : 

1. Kalau perempuan yang bertudung, bila pakai tudung yang bercorak serabut, tak sesuai dipakai dengan baju bercorak. Lebih sesuai kalau tudung bercorak tu dipakai dengan baju polos / plain.

2. Kalau perempuan yang bertudung, kalau korang pin dekat bahu dua-belah, elakkan pakai brooch/ butang yang besar dikedua-dua belah bahu. Lebih sesuai kalau sebelah kecik and sebelah lagi besar. 

3. Kalau kerja dengan masyarakat / lebih banyak bergerak, tak digalakkan pakai brooch yang berjuntai-juntai tu kat leher/ dagu, nanti nampak serabut and nampak clumsy.

4. Kalau lelaki, lebih sesuai pakai baju warna cerah berbanding seluar. 

5. Kalau pergi kenduri kahwin / event2, lebih sesuai kalau bawa clutch sahaja atau handbag yang lebih kecik. Elakkan bawa handbag yang besar-besar bila pegi event2 macam tu. Handbag yang besar-besar sesuai bila pergi shopping/ travel.
Kejap-kejap, tahu tak clutch tu macam mana? Bukan clutch kereta tu tau, hehehehe tapi clutch bag. 

Haaa ni contoh clutch.

Ni simple handbag. Pun sesuai lah kalau pergi event / wedding.

Ya Allah cantiknyaaaa clutch ni !

Ehh banyak pulak aku bagi contoh clutch. Haha tapi aku memang suka clutch, simple and nice. Cuma barang-barang limit lah kan nak bawa. Huhu

Okay, rasanya itu je kot yang aku nak share. Kalau ada yang tersilap, ampun lah ye. Hehe aku rasa macam banyak lagi kot benda yang aku dah terfikir nak tulis tapi entah ek, aku lupa. Hahaha tapi kalau cakap pasal fashion ni, aku rasa sekarang orang semua dah tak berapa nak amek kira dah sesuai ke tak dengan bentuk badan and keselesaan. Macam pakai shawl and pashmina tu kan, kadang-kadang rasa macam serabutnya tengok diorang lilit shawl tu. Nak pakai boleh tapi selesa ke? And lagi 1 pada aku, kekemasan tu sangat penting. Tak kesah nak pakai tapi jangan sampai orang lain yg rimas tengok shawl awak. And corak and design baju pun sekarang dah macam-macam kan? Anyway aku suka corak tribal. Hehe cantik and smart!

Okaylah, itu je kot kalini. Hope berguna lah ea. Sory kalau ada yg terkasar bahasa atau mana-mana pihak yg terasa. I just want to share my opinion. Assalamualaikum. Take care :)

My very kepochi niece. But i love her so much. Really.


0 comment(s)
Older Post | Newer Post